Petisyen Mengubah Cara Pemilihan Pemimpin UMNO sign now

Petisyen:



Maka itu, sejajar dengan hak ahli yang dimeterai di dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO yang menjamin Ahli UMNO mempunyai hak MEMILIH, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti, kami mencadangkan usul supaya pindaan perlembagaan UMNO tentang pemilihan dilakukan pada dalam masa terdekat, yang membolehkan ahli UMNO dapat memilih secara terus pemimpin mereka di bahagian dan seterusnya di peringkat Majlis Tertinggi UMNO tanpa melalui perwakilan dari bahagian. Proses ini harus lengkap dilaksanakan sebelum tahun 2010.



Asas Petisyen ini:-



Pilihan Raya Umum 12 telah memberi maklumbalas yang jelas bahawa satu anjakan ketara dan drastik telah berlaku di hati dan minda rakyat Malaysia. Tema yang asyik panas diketengahkan di kebanyakan negeri tika ini, ialah betapa rakyat Malaysia telah bosan dengan mainan politik Barisan Nasional dan parti-parti komponennya. Fakta menunjukkan bahawa jentera pilihanraya BN (yang sebelum ini digeruni) gagal menelah Mood swing para pengundi, satu petanda jelas peri tidak pekanya BN tentang realiti persekitarannya. Akibat kegagalan ini BN terpaksa berhadapan dengan beban kesan ketara dan negatif yang perlu digalasnya.



Lantaran itu, sudah tibalah waktu dan ketikanya bagi UMNO selaku parti induk BN, untuk membuktikan keupayaannya bertindakbalas dan mengambil iktibar dari keputusan tersebut untuk mencipta semula (re-invent) BN,dalam kadar segera.



Pucuk pimpinan komponen lain telah berundur dari Kabinet kerana ingin menumpukan perhatian dan masa mereka sepenuhnya kepada proses cipta-semula parti masing-masing. Komitmen dan kesungguhan pucuk pimpinan MCA dalam proses cipta-semula ini, jelas terserlah melalui kesediaan mereka untuk meneruskan proses pemilihan pimpinan tahun ini, meskipun mereka berdepan dengan malapetaka yang hampir pasti memunahkan mereka . AlhamduLillah, UMNO juga turut meneruskan pemilihan di semua peringkat pada tahun ini. Namun salah satu punca yang dikatakan menyebabkan kekalahan tersebut ialah isu kepincangan kepimpinan.



Acap kali terusainya proses pemilihan kepimpinan UMNO, hampir menjadi sesuatu yang wajib, bahawa akan kedengaran suara-suara ahli UMNO yang terkejut dengan keputusannya, seolah-olah ia tidak mencerminkan keinginan sebenar ahli akar umbi. Malah proses pencalonan dan cadangan untuk bahagian dan Majlis Tertinggi UMNO seolah-olah telah di rancang dan diputuskan oleh kepimpinan cawangan. Lantaran itu, demi kejayaan proses 'cipta semula' ini, soalan yang wajib dijawab adalah: mungkinkah sistem pemilihan pemimpin ini sendiri menjadi salah satu punca kepincangan ini.



Mungkinkah proses pemilihan yang melalui proses saringan di bebeberapa peringkat ini, menjadi punca utama kepincangan yang dialami?.



Seperti yang kita tahu, UMNO mempunyai empat peringkat pentadbiran, PUSAT, PERHUBUNGAN (negeri dan wilayah), BAHAGIAN dan CAWANGAN. Pemilihan Cuma diadakan di peringkat PUSAT, BAHAGIAN dan CAWANGAN dan tidak di peringkat PERHUBUNGAN.



Peringkat Pertama Ahli UMNO cawangan memilih perwakilan untuk mesyuarat agung Bahagian, tidak lebih 5 dari tiap cawangan. (Fasal 14.4.4 dan 17.5.6)



Peringkat Kedua Perwakilan yang dipilih termasuk ketua cawangan berhak memilih perwakilan bahagian ke mesyuarat agung tahunan UMNO (Fasal 14.5.2) dan mencadangkan calon MT (Fasal 14.5.4) . Berdasarkan perlembagaan UMNO, wakil yang dipilih oleh Perwakilan Tahunan Bahagian sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima ratus orang ahli tetapi tidak lebih daripada tujuh orang dari satu Bahagian. Ini tidak termasuk Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Puteri Bahagian.



Peringkat Ketiga Perwakilan ke MAT memilih Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Yang hadir. Selain dari perwakilan bahagian tadi, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, Ahli Majlis Tertinggi dan perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri juga hadir.





Biasanya dalam industri proses pemeringkatan dan penapisan menaikkan kualiti produk seperti yang berlaku dengan pemerosesan kelapa sawit. Malangnya pemeringkatan perwakilan dan penapisan keinginan ahli untuk memilih pucuk pimpinan tidak semestinya memastikan peningkatan kualiti. Sebaliknya berlaku kerana keinginan ahli hampir selalunya tidak sampai.



Mesyuarat Agung Tahunan menyaksikan lebih kurang 2200 ahli UMNO memilih Ahli Majlis Tertinggi. Berdasarkan jumlah ahli yang kira-kira 3.2 juta merupakan nisbah satu perwakilan membawa impian dan harapan kira-kira 1400 ahli UMNO secara setiap seorang. Cuma 0.07\% ahli UMNO bertanggungjawab memilih ahli UMNO. Ini adalah satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul oleh setiap perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan. Malangnya juga 2200 adalah satu angka yang kecil. Kecil kerana agak senang calon ke MT untuk berjumpa dan berbincang dengan mereka. Suatu angka yang kecil untuk dipengaruhi.



Bayangkan sekira angka itu menjadi semua perwakilan di lebih 190 bahagian , satu angka yang hampir 25,000. Dan bayangkan pula jika angka tersebut adalah 3.2 juta. Kita asyik mendengar tentang bahaya politik wang. Tetapi apa yang kita telah bina dalam proses pemilihan memudahkan politik wang. Memang lebih mudah berkempen dengan 2200 orang dari dengan 3.2 juta ahli.



Alasan dahulu mengatakan ahli tidak kenal dengan calon maka sukar memilih adalah satu alasan pisau dua mata. Ahli tidak mengenal calon bukan kerana mereka tak mahu, tapi selalunya kerana calon tak muncul kecuali masa pemilihan. Masa pemilihan agak singkat jadi calon boleh jumpa cuma perwakilan. Ahli biasa mereka tak ada masa.



Sebenar ada cara untuk ahli biasa mengenali calon bahagian atau MT. Iaitu dengan BERKHIDMAT. Cara yang tidak popular dan sukar ini adalah cara yang sebaik-baiknya untuk ahli mengenali calon.



Pemilihan adalah masa bukan saja untuk ahli setia kepada pemimpin, tetapi untuk pemimpin setia dengan ahli. Ahli akan memilih calon yang BERSETIA kepada mereka sebagai ahli dan kepada prinsip parti. Ini bermakna calon mestilah dikalangan yang mendukung prinsip dan pejuangan bukan setakat berucap tetapi dalam amalan.



Setelah kita bersama-sama memilih tanpa perlu berkempen dengan hebat dan dahsyat seperti yang berlaku ditiap pemilihan, maka lontaran fitnah, kata-kata nesta dan juga lontaran hadiah berkurangan. Ini kerana cuma dengan berkhidmat baru ahli kenal dan cinta calon mereka. Cuma dengan bersetia kepada ahli maka ahli mencurahkan kembali kesetiaan. Kurangnya rasa sedih, marah masa peringkat pemilihan di kalangan ahli membawa kita untuk BERSATU.



KETIGA-TIGA COGANKATA UMNO DIKOTAKAN, bukan sekadar dinyanyikan di majlis UMNO.



Secara logistik untuk memastikan semua ahli UMNO mengundi adalah sukar. Tetapi mengikut rasminya, apa yang berharga untuk diperolehi adalah selalunya sukar untuk didapati. Menidakkan dan meminggirkan hasrat ahli UMNO adalah salah satu yang menyebabkan kelemahan parti dan ini telah jelas menyebabkan kepincangan prestasi BN di PRU12.



Kita barangkali sudah lali dengan anggapan betapa politik adalah sesatu yang mengurangkan tahap kemanusiaan antara kita. Tapi ada suatu lagi aspek politik yang kita mungkin tidak lagi percaya, iaitu tradisi politik yang bermula dari pejuang kemerdekaan sehingga tidak lama dahulu, tradisi yang berasaskan satu idea bahawa kita mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap satu sama lain.



Yang lebih utama ialah apa yang menyebabkan menyatukan kita adalah lebih agung dari apa yang memecah-belahkan kita. Sekiranya hanya beberapa orang yakin tentang pendapat ini dan bertindak ke atas nya, walaupun kita tidak dapat menyelesaikan semua masalah tetapi kita mungkin akan melakukan sesuatu yang memberi makna yang dalam untuk kita semua.



UMNO telah menerima kejutan untuk bangun iaitu satu wake-up call. Jangan pula kita tekan butang Lelap (Snooze)balik.



Kami, menyedari bahawa berdirinya kami di tahap ini adalah hasil penuh usaha kerajaan BN dan UMNO khususnya, maka usul ini kami bentangkan atas perasaan menghargai usaha dan jasa pucuk pimpinan sebelum ini yang telah melahirkan kami. Pemilihan untuk memastikan kita akan mempunyai kepimpinan selaras dengan cogankata keramat kita BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT amat diperlukan UMNO. Kami berdoa agar suara semua ahli UMNO tanpa mengira peringkat tidak dipinggirkan.



InsyaAllah



Sign The Petition

Sign with Facebook
OR

If you already have an account please sign in, otherwise register an account for free then sign the petition filling the fields below.
Email and the password will be your account data, you will be able to sign other petitions after logging in.

Privacy in the search engines? You can use a nickname:

Attention, the email address you supply must be valid in order to validate the signature, otherwise it will be deleted.

I confirm registration and I agree to Usage and Limitations of Services

I confirm that I have read the Privacy Policy

I agree to the Personal Data Processing

Shoutbox

Who signed this petition saw these petitions too:

Sign The Petition

Sign with Facebook
OR

If you already have an account please sign in

Comment

I confirm registration and I agree to Usage and Limitations of Services

I confirm that I have read the Privacy Policy

I agree to the Personal Data Processing

Goal
0 / 50

Latest Signatures

No one has signed this petition yet

Information

Tags

No tags

Share

Invite friends from your address book

Embed Codes

direct link

link for html

link for forum without title

link for forum with title

Widgets