Kami tidak berkeyakinan terhadap Dato Seri Najib Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia sign now

Nota Penjelasan : Jika anda bersetuju untuk menyokong petisyen ini, anda dikehendaki menghantar butir-butir nama, nombor kad pengenalan serta kawasan Parlimen anda. Nama-nama yang tidak diiringi dengan nombor kad pengenalan, atau diiringi dengan nombor kad pengenalan yang tidak tepat, akan dibatalkan.

Nama-nama individu yang menyokong petisyen ini tidak akan dipaparkan.

Kutipan tandatangan untuk sokongan petisyen ini akan berterusan sehingga penghujung bulan Februari, 2009 dan sesalinan petisyen ini bersama dengan senarai penandatangan kemudiannya akan dihantar kepada :-

1) Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong; dan

2) Kesemua 221 Ahli Parlimen kepada siapa petisyen ini ditujukan.

Petisyen ini dipersembahkan di sini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

____________________________________

Explanatory note : If you agree to support this petition, you are required to submit your name, identity card number and state your parliamentary constituency. Names unaccompanied with their identity card numbers, or accompanied by incorrect identity card numbers, will be deleted.

Names of those supporting this petition will not be displayed here.

Collation of signatures in support of this petition will continue until end February, 2009 whererafter a copy of this petition together with a list of the signatories thereto will be sent to :-
1) His Majesty, the Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
DiPertuan Agong; and

2) the 221 Members of Parliament to whom this petition is addressed.

This petition is presented here both in Bahasa Malaysia and in English.

___________________________________________

Versi Bahasa Malaysia

Kepada: Yang Berkhidmat, wakil-wakil rakyat, ahli Dewan Rakyat Malaysia, kecuali Yang Berkhidmat wakil rakyat kawasan Pekan

Kami, sekalian rakyat Malaysia, dengan ini mengingatkan anda:-

1) Dengan mengangkat sumpah bagi memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan, anda telah berikrar untuk menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Malaysia dan bagi memelihara, melindung serta mempertahankan keluhuran perlembagaannya; dan

2) Amanah serta tanggungjawab yang diberikan kepada anda adalah berdasarkan kepercayaan bahawa anda mewakili serta menempatkan kepentingan serta kebajikan rakyat Malaysia di atas sebarang kepentingan lain termasuk kepentingan parti politik serta barisan kepimpinannya.

Kami mengambil maklum bahawa:-

3) Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri, seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda, mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

4) Berikutan Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008, Yang di-Pertuan Agong, dalam melaksanakan tanggungjawab serta kuasa Baginda berdasarkan Perkara 43(2), telah melantik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri;

5) Dalam bulan Oktober 2008, sebuah perjanjian peralihan kuasa telah dipersetujui antara Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Najib Abdul Razak berpandukan syarat-syarat, yang mana antaranya:-

a) Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan beliau sebagai presiden UMNO dalam pilihan raya UMNO pada Mac 2009; dan

b) Sekiranya Dato Seri Najib dipilih sebagai presiden UMNO pada bulan Mac 2009, perbincangan serta rundingan berkenaan peralihan kuasa serta jawatan Perdana Menteri daripada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato Seri Najib Abdul Razak akan berlangsung;

6) Ketika tamat tempoh penamaan calon bagi pilihan raya UMNO yang bakal berlangsung pada Mac 2009, Dato Seri Najib merupakan individu tunggal yang berjaya memperoleh jumlah pencalonan yang diperlukan bagi melayakkan beliau bertanding bagi merebut jawatan presiden, secara langsung membuka jalan bagi beliau menang tanpa bertanding jawatan presiden UMNO setibanya Mac 2009, jika tiada aral melintang.

7) Sekiranya Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan beliau sebagai Perdana Menteri setelah pengesahan Dato Seri Najib sebagai menang tanpa bertanding jawatan presiden UMNO pada Mac 2009, adalah diramalkan bahawa Dato Seri Najib akan mohon menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan niat untuk mempersembahkan kepada Baginda Tuanku bahawa majoriti dari anda mempunyai keyakinan serta kepercayaan terhadap beliau dan lantaran itu, memohon perkenan Tuanku untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti mana yang digariskan dalam Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan

Kami turut mengambil maklum bahawa:-

8) Wujudnya persepsi yang salah di kalangan ramai dari UMNO khususnya dan Barisan Nasional umumnya bahawa Perdana Menteri Malaysia semestinya presiden UMNO, yang jelas bertentangan dengan Perkara 43(2) perlembagaan Persekutuan; dan

9) Kesemua mantan Perdana Menteri tatkala menjawat jawatan tersebut, serta Perdana Menteri sekarang, merupakan presiden UMNO dan ketika tempoh perlantikan masing-masing, tiada perhatian serius yang diberikan bagi mempersoalkan, apatah lagi meragui sekiranya kesemua mantan Perdana Menteri atau Perdana Menteri yang kini memiliki kepercayaan serta keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat yang terdahulu dan yang kini.

Kami kini meminta anda sekalian Yang Berkhidmat ahli Dewan Rakyat, untuk turut mengambil maklum perkara berikut yang telah menimbulkan persoalanan yang serius berkenaan kesesuaian serta merencat dan seterusnya menghapuskan sebarang bibit-bibit keyakinan terhadap Dato Seri Najib bagi memimpin negara kita sebagai Perdana Menteri:-

10) Dato Seri Najib telah memberi kenyataan dan terus mempertahankan bahawa beliau tidak pernah mengenali serta tidak mempunyai sebarang urusan atau kaitan dengan Altantuya Shaaribuu, mangsa dalam perbicaraan kes bunuh yang sedang berlangsung di Shah Alam. Namun:

i) Pada 29 Jun 2007, Burmaa Oyunchimeg, seorang warganegara Mongolia yang merupakan saksi pihak pendakwa raya dalam kes bunuh tersebut telah memberi keterangan bahawa beliau pernah melihat sebuah foto di mana mangsa, Altantuya Shaaribuu, bergambar bersama-sama Razak Baginda yang dibebaskan baru-baru ini dan seorang pergawai kerajaan. Laporan akhbar memberi gambaran bahawa kedua-dua pihak, yakni pihak pendakwa raya dan beberapa dari pihak peguam bela telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencuba dan tidak membenarkan saksi tersebut meneruskan keterangan beliau berkenaan perkara tersebut. Walaubagaimanapun, apabila disoal oleh Encik Karpal Singh berkenaan identiti pegawai kerajaan itu, saksi menjawab, Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak yang sama. Saya membuat andaian bahawa mereka mungkin adik beradik. Ekoran itu, apabila diminta memberi ulasan beliau terhadap keterangan itu, Dato Seri Najib menolak untuk berbuat demikian atas sebab tidak sesuai bagi beliau memberi komen kerana sebarang kenyataan yang beliau keluarkan boleh menimbulkan subjudis, memandangkan perbicaraan masih sedang berlangsung. Sehingga ke hari ini, Dato Seri Najib tidak pernah menyangkal keterangan ini dan tiada sebarang inisiatif yang diambil oleh pihak berkaitan bagi menyelidik maklumat tersebut.

ii) Pada 3 Julai 2008, Balasubramaniam a/l Perumal, seorang penyiasat persendirian, telah mendedahkan kepada umum, akuan bersumpah beliau yang dibuat pada 1 Julai 2008. Dalam akuan bersumpah tersebut, beliau memberi butiran yang secara jelas menunjukkan bahawa Dato Seri Najib mengenali Altantuya dengan sangat, sangat rapat. Analisa terperinci akuan bersumpah tersebut akan menunjukkan bahawa walaupun akuan bersumpah tersebut turut mengandungi maklumat berkaitan Razak Baginda dan mangsa, maklumat yang jauh lebih merosakkan adalah berkaitan Dato Seri Najib. Pada keesokan harinya dalam keadaan yang sangat mencurigakan, Balasubramaniam membuat pendedahan satu lagi akuan bersumpah oleh beliau di mana beberapa butiran yang terkandung dalam akuan bersumpah yang pertama, telah ditarik balik. Sejak itu, Balasubramaniam sekeluarga telah menghilangkan diri dan tidak ada sebarang berita yang diterima ahli keluarga serta rakan taulan. Satu laporan berita bertarikh 10 Julai 2008 menyatakan bahawa Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Bakri Zinin mengesahkan bahawa kenyataan telah diambil daripada Balasubramaniam oleh satu pasukan polis di sebuah negara jiran. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah itu memilih untuk tidak menamakan negara tersebut, tetapi mengesahkan bahawa Balasubramaniam menyatakan bahawa beliau sekeluarga meninggalkan negara kerana khuatir, nyawa mereka terancam. Mohd Bakri Zinin turut mengesahkan bahawa pihak polis sedang menyiasat kedua-dua akuan bersumpah dan meminta lebih masa bagi menyelesaikan siasatan. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang berita berkaitan hasil siasatan tersebut. Sementara itu, anak saudara Balasubramaniam, R. Kumarasen, telah membuat pendedahan yang mengejutkan bahawa walaupun beliau berhubungan dengan Balasubramaniam, beliau memutuskan untuk tidak memaklumkan lokasi ayah saudara beliau apabila disoal pihak polis kerana, Saya tidak boleh mendedahkan segala-galanya kepada pihak polis dan dengan berbuat begini saya faham akibatnyatetapi jika saya mendedahkan kesemuanya, saya tahu apa yang akan terjadi kepada mereka.

11) Pada 26 Jun 2007, Uurintuya Gal-Orchir, seorang lagi warganegara Mongolia yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, mendakwa dalam keterangan beliau bahawa rekod imigresen kemasukannya bersama Altantuya dan kawan mereka Namiraa Gerelmaa ke Malaysia pada 8 Oktober 2008 telah dipadam. Pendakwa raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan pasukan peguam bela membuat bantahan bahawa keterangan tersebut adalah tidak relevan. Perkara tersebut, yakni kehilangan rekod imigresen Altantuya dan rakan-rakan beliau, tidak pernah disiasat bagi mengesahkan kejituan dakwaan tersebut, dan jika didapati benar, siapa yang bertanggungjawab serta kemungkinan wujudnya perkaitan antara kehilangan rekod imigresen serta perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

12) Perenggan ke-52 akuan bersumpah Balasubramaniam yang pertama, membutirkan sebuah sms yang didakwa dihantar oleh Dato Seri Najib kepada Razak Baginda pada hari Razak Baginda ditahan. Sms tersebut berbunyi: Saya akan menemui IGP pada 11am hari ini. perkara akan diselesaikan.sila bertenang. Kesahihan sms ini adalah diandaikan antara perkara yang disiasat oleh pihak polis seperti mana yang dirujuk oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Bakri Zinin. Namun, dalam satu lagi siri sms yang didakwa antara Dato Seri Najib dan peguam kanan Muhd Shafee Abdullah, yang mana kesahihannya diakui oleh Dato Seri Najib, satu sms telah dihantar oleh Muhd Shafee Abdullah pada pagi 16 November 2006, yakni pada pagi yang sama di mana Razak Baginda didakwa di mahkamah bersabit pembunuhan Altantuya: Tolong jangan beri sebarang kenyataan kepada pihak media pada hari ini. Akan saya terangkan kemudian. RB perlu berdepan dengan sebuah dakwaan tentative tetapi semuanya terkawal. Siri sms ini yang didedahkan kepada umum pada 11 Oktober 2008 menimbulkan reaksi dari pihak awam yang menuntut siasatan sama ada penyalahgunaan kuasa dalam konteks campur tangan dalam pelaksanaan keadilan dan kesaksamaan telah berlaku. Pada 14 Oktober 2008, Dato Seri Najib, merujuk siri sms tersebut, telah mengeluarkan kenyataan umum menyangkal dakwaan wujudnya unsur penyalahgunaan kuasa tanpa walau sekalipun menyentuh apatah lagi membidas kesahihan siri sms tersebut. Sehingga kini, tidak ada sebarang kenyataan umum dari pihak berkuasa yang berkenaan bagi menjelaskan sama ada siasatan dijalankan berkaitan siri sms tersebut bagi memastikan sekiranya benar wujud penyalahgunaan kuasa. Sekiranya siasatan telah dijalankan, hasil siasatan tersebut tidak pernah dikemukakan.

13) Pada 31 Oktober 2008, Razak Baginda, tanpa dipanggil untuk memasukkan pembelaannnya, telah dibebaskan dari tuduhan membantu dalam pembunuhan Altantuya, iaitu, tuduhan yang dinyatakan sebagai tentative oleh Dato Seri Najib. Pada ketika itu, Ketua Pendakwa Raya DPP tun Majid Tun Hamzah menyatakan bahawa keputusan tersebut mungkin akan dirayu. Kami akan mempertimbangkan langkah bagi merayu keputusan tersebut, ujar beliau. Namun, 14 hari kemudiannya, beliau mengesahkan bahawa keputusan tersebut tidak akan dirayu dan memberi sebab bahawa hakim, dalam keputusan membebaskan Razak Baginda, telah membuat penemuan fakta. Pemeriksaan dengan peguam-peguam jenayah yang senior akan menunjukkan bahawa sekian lamanya tidak pernah timbul situasi di mana Pejabat Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan terhadap kes bunuh di mana hakim membuat keputusan membebaskan tertuduh tanpa memanggil untuk memasukkan pembelaannya. Kes yang dirujuk adalah pembebasan dalam perbicaraan kes bunuh Norita Shamsudin.

Kami ingin membawa perhatian anda, Yang Berkhidmat ahli Dewan Rakyat, kepada beberapa persoalan serius yang sehingga ke hari ini masih tidak terjawab dan setiap persoalan tersebut berbangkit dari perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas serta direkodkan. Ini termasuk:-

14) Siapakah yang dimaksudkan oleh Burmaa Oyunchimeg apabila beliau menamakan Najib Razak sebagai pegawai kerajaan yang bergambar bersama-sama mangsa, Altantuya dan Razak Baginda? Adakah beliau merujuk kepada Dato Seri Najib? Sekiranya individu yang dimaksudkan adalah Dato Seri Najib, apakah kesimpulan yang boleh kita terbitkan dengan kenyataan Dato Seri Najib bahawa beliau tidak pernah mengenali seta tidak mempunyai sebarang urusan atau kaitan dengan mangsa, Altantuya? Tambahan pula, sekiranya individu yang dimaksudkan adalah Dato Seri Najib, bukankah ini mengukuhkan lagi akuan bersumpah pertama yang diberikan oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam di mana beliau menyatakan bahawa Dato Seri Najib sangat kenal akan Altantuya. Dengan mengambil kira bahawa sehingga kini, keterangan ini tidak pernah disangkal oleh Dato Seri Najib, semestinya persoalan mengapa kenyataan Burmaa Oyunchimeg tersebut tidak disiasat sepenuhnya, wajib diutarakan.

15) Adakah pihak polis telah menamatkan siasatan yang telah dimulakan pada awal bulan Julai 2008 berkenaan kedua-dua akuan bersumpah yang bercanggah antara satu sama lain yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam? Sekiranya penyiasatan tersebut telah diselesaikan, mengapa Balasubramaniam masih belum didakwa atas kesalahan membuat akuan bersumpah yang palsu? Akuan bersumpah yang mana satu merupakan akuan yang palsu? Adakah beliau dipaksa membuat akuan tersebut, dan jika ya, oleh siapa dan bagaimana? Di mana beliau dan keluarga beliau kini? Adakah mereka selamat?

16) Adakah benar apa yang didakwa oleh Uurintuya Gal-Orchir, warganegara Mongolia, bahawa rekod imigresen kemasukan beliau dan Altantuya serta kawan mereka Namiraa Geralmaa ke Malaysia pada 8 Oktober 2006, telah dipadam? Jika benar, siapakah yang bertanggungjawab dan mengapakah rekod tersebut dipadam? Adakah pihak yang bertanggungjawab, bertindak mengikut arahan dan sekiranya ya, menurut arahan siapa dan mengapa? Mengapa keterangan Uurintuya Gal-Orchir ini tidak disiasat sepenuhnya?

17) Memandangkan keputusan pihak Pejabat Peguam Negara untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan membebaskan Razak Baginda adalah sebuah keputusan yang mengejutkan, adakah sebarang siasatan dilakukan berkaitan siri sms antara Dato Seri Najib dan perguam kanan tersebut bagi memastikan sekiranya wujud sebarang unsur penyalahgunaan kuasa oleh Dato Seri Najib?

Kami mengambil maklum dengan rasa kesal bahawa seruan Yang Berkhidmat Lim Kit Siang, ahli parlimen kawasan Ipoh Timur pada bulan Oktober 2008, yakni bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja untuk menyiasat sepenuhnya, antara lain, kesemua perkara yang telah dinyatakan di atas, tidak diendahkan oleh barisan pentadbiran terkini.

Dan kami ingin menegaskan di sini, sehingga kesemua perkara yang dinyatakan serta setiap persoalan yang ditimbulkan disiasat secara terperinci dan hasil siasatan tersebut dengan jelas dan sepenuhnya melenyapkan sebarang keraguan atau kesangsian berkenaan keterlibatan Dato Seri Najib berkaitan setiap butiran yang telah dinyatakan, kami tidak mempunyai sebarang keyakinan serta kepercayaan terhadap Dato Seri Najib bagi memimpin negara kita sebagai Perdana Menteri.

Oleh yang sedemikian, kami, kini mengarahkan anda, Yang Berkhidmat ahli Dewan Rakyat yang telah kami lantik bagi mewakili kami:-

a) untuk menuntut supaya badan Eksekutif menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja untuk menyiasat secara terperinci, setiap butiran yang telah dinyatakan disini berserta setiap persoalan penting dan serius yang telah dikemukakan, dan mendedahkan kepada umum hasil siasatan serta kesimpulan dan cadangan, sekiranya ada, yang dikemukakan oleh suruhanjaya tersebut; dan

b) sekiranya badan Eksekutif gagal menubuhkan suruhanjaya atau sebarang badan penyiasatan berintegriti yang mampu memikul tanggungjawab menjalankan penyiasatan dan mendedahkan kepada umum sebarang penemuan berserta laporan lengkap dan cadangan, jika ada, berkaitan setiap satu perkara yang telah dinyatakan, dan impak dari kegagalan badan Eksekutif itu, setiap perkara yang diketengahkan kekal tidak disiasat dan setiap persoalan kekal tidak terjawab dan seterusnya membawa kepada Dato Seri Najib mohon menghadap Yang di-Pertuan dengan harapan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, maka, adalah menjadi kewajipan anda untuk mengambil semua langkah yang perlu bagi memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa anda, sebagai wakil yang telah kami lantik, tidak mempunyai sebarang keyakinan terhadap Dato Seri Najib untuk memimpin negara kita sebagai Perdana Menteri.

_____________________________________________________

English version

To : the Honourable Members of Parliament of Malaysia, except the Honourable Member of Pekan.

We, the undersigned, all citizens of Malaysia, remind you :-

1. that by your oath of office, you are all sworn to bear true faith and allegiance to Malaysia, and to preserve, protect and defend its Constitution; and

2. that you hold office on trust to represent the interests of the people of Malaysia and not the interest of your respective parties or their leaders.

We, note that :-

3. Article 43(2) of the Federal Constitution stipulates that His Majesty the Yang di-Pertuan Agong shall appoint as Prime Minister a member from amongst you who in the judgment of His Majesty is likely to command the confidence of the majority of the members of the Dewan Rakyat:

4. subsequent to the 12th General Elections on 8th March, 2008, His Majesty, in the exercise of his powers and duties under the Article aforementioned, appointed Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi as Prime Minister;

5. in October, 2008, a power transition agreement was arrived at between Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi and Dato Seri Najib Abdul Razak, by the terms whereof :-

(a) Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi would not defend his incumbent presidency of UMNO at the UMNO elections in March, 2009; and

(b) should Dato Seri Najib be duly elected president of UMNO in March 2009, the matter of the transition of the powers and the office of Prime Minister, from Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi to Dato Seri Najib, will then be discussed;

6. at the recent close of nominations of candidates for the forthcoming UMNO elections in March 2009, Dato Seri Najib was the only individual who received the requisite number of nominations to be eligible to contest for the post of president, with the result that, barring any unforeseen eventualities, Dato Seri Najib will be returned unopposed as president of UMNO come March 2009;

7. should Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi resign from the office of Prime Minister subsequent to Dato Seri Najib being confirmed as having been returned unopposed as president of UMNO in March 2009, it is widely expected that Dato Seri Najib will seek an audience with His Majesty the Yang di-Pertuan Agong with a view to representing to His Majesty that Dato Seri Najib has the confidence of the majority from amongst you and should consequently be appointed Prime Minister pursuant to Article 43(2) of the Federal Constitution.

We further note that :-

8. a certain misconception by many in UMNO, in particular, and Barisan Nasional, generally, which contradicts Article 43(2) of the Federal Constitution, that the Prime Minister of Malaysia has always to be the president of UMNO; and

9. all our previous Prime Ministers were, and the current Prime Minister is, the president of UMNO and that at the time of their respective appointments, no one seriously thought to question, let alone doubted, whether any of the previous Prime Ministers or the current one commanded the confidence of the majority of the members of the Dewan Rakyat, past and present.

We, the undersigned now note and will ask you, Honourable Members of Parliament, to likewise take note, of the following matters which have given rise to serious questions as to the suitability of and leaves no room whasoever for any confidence in Dato Seri Najib to lead our country as Prime Minister :-

10. Dato Seri Najib has maintained that he neither knew, was ever acquainted with nor had any dealings whatsoever with murdered Altantuya Shaaribuu, the central figure in the ongoing murder trial in Shah Alam. Yet :

i) on 29th June, 2007, Mongolian national, Burmaa Oyunchimeg, a prosecution witness in the abovementioned murder trial, testified that she had seen a photograph of the victim, recently acquitted Razak Baginda and a government official. Newspaper reports give the impression that both the prosecution and some of the defence went to great lengths to try and not allow this witness to continue with this line of testimony. However, when she was examined by Mr. Karpal Singh, who finally managed to get leave to ask the witness who the government official was, she replied, Najib Razak. I remember the name Najib Razak because the name Razak is the same. I thought maybe they were brothers.. Subsequently, when Dato Seri Najib was asked to comment on this evidence, he declined to do so, on the grounds that it would be inappropriate for him to comment further as any statement he made might be deemed to be on a matter sub-judice, given that the trial was still ongoing. To this date, Dato Seri Najib has never categorically denied this piece of evidence and no effort has been made by the relevant authorities to investigate this piece of information.

ii) On 3rd July, 2008, private investigator Balasubramaniam a/l Perumal publicly disclosed his own statutory declaration made on 1st July, 2008 in which he gave details that categorically pointed to Dato Seri Najib knowing Altantuya very, very well. A careful analysis of the statutory declaration will reveal that whilst details contained therein related also to the recently acquitted Razak Baginda and the victim, amongst others, the most damaging details contained therein related to Dato Seri Najib. The very next day, in the most suspicious of circumstances, Balasubramaniam publicly disclosed a newer statutory declaration made by him retracting the contents of his earlier statutory declaration. Balasubramaniam and his family have since disappeared and have not been seen by family and friends. A news report dated 10th July, 2008 has it that Bukit Aman CID chief Mohd Bakri Zinin confirmed that a team of police had taken a statement from Balasubramaniam in a neighbouring country, declined to say which country he and his family were in but confirmed that Balasubramaniam had said he left Malaysia because he feared for his life. Mohd Bakri also confirmed then that police were investigating both of the contradictory statutory declarations and asked for time to complete the investigations. To-date, we have not heard on the outcome of those investigations. Meanwhile, as reported in a media report on 15th July, 2008, the nephew of Balasubramaniam, R Kumaresan, startlingly disclosed that whilst he had been in contact with his uncle, he had declined to inform the police of Balasubramaniams whereabouts when asked to do so by the police because "I cannot reveal the full details to the police and by doing this I understand what the consequences are but if I do reveal everything I know what will happen to them.

11. On 26th June, 2007, another Mongolian national, Uuriintuya Gal-Orchir, who testified at the ongoing Altantuya murder trial, complained in the course of her testimony that local immigration records of her, Altantuya and their friend Namiraa Gerelmaas entry into Malaysia on 8th October, 2006 had mysteriously vanished. Lead prosecutor Tun Abdul Majid Tun Hamzah and the defence lawyers protested that this evidence was irrelevant. This matter of the disappearing immigration records of Altantuya and her friends has never been investigated to verify if correct and, if found to be correct, who might be responsible for the same and if it might have a bearing on the murder trial.

12. Paragraph 52 of the first statutory declaration of Balasubramaniam details an sms that was allegedly sent by Dato Seri Najib to Razak Baginda on the day that the latter was arrested. The sms reads : I am seeing IGP at 11am today matter will be solved be cool. The correctness or otherwise of this sms is presumably the subject of the police investigation referred to by Bukit Aman CID chief Mohd Bakri Zinin. However, in another series of smses supposedly between Dato Seri Najib and senior lawyer Muhd Shafee Abdullah, the authenticity of which Dato Seri Najib has admitted, the former sent the following sms to the latter on the morning of 16th November, 2006, the very morning that Razak Baginda was charged in court in connection with the murder of Altantuya : Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost. These smses were publicly disclosed on 11th October, 2008 with an immediate public outcry for an investigation whether an abuse of power by an interference with the administration of justice had occurred. On 14th October, 2008, Dato Seri Najib, in reference to this series of smses, publicly denied that they evidenced any abuse of power, without ever refuting the authenticity of the same. To-date, there has been no public statement by the relevant authorities whether these smses are the subject of any investigation to ascertain if indeed any abuse of power has occurred. If in fact an investigation has been done, no results of the same have been announced.

13. On 31st October, 2008, Razak Baginda, without being called to enter his defence, was acquitted of the charge, referred to by Dato Seri Najib as tentative, of abetting in the murder of Altantuya. At the time, lead prosecutor DPP Tun Majid Tun Hamzah intimated that the acquittal might be appealed, saying, "We will consider appealing the decision. The battle is not over yet". Yet, 14 days later, the same DPP confirmed that the acquittal would not be appealed, offering the most spurious of reasons that the trial judge, in acquitting Razak Baginda, had made findings of fact. A check with senior criminal practitioners will show that in recent times, there has not been an occasion where the Attorney-Generals Chambers did not appeal against a decision to acquit, in a murder trial, where the accused was not ordered to enter a defence. A case in point was the acquittal in the Norita Shamsuddin murder trial.

We, the undersigned, draw the attention of you, Honourable Members of Parliament, to some very serious questions, all of which remain unanswered to this day, which arise from the matters listed above, all matters of record. These include :-

14. Who did Mongolian national, Burmaa Oyunchimeg, mean by Najib Razak as the government official photographed with the murdered Altantuya and the one accused of a tentative charge? Did she mean Dato Seri Najib? And if she meant Dato Seri Najib, what are we to make of the latters denial to having ever known, been acquainted with or had any dealings whatsoever with the murdered Altantuya? Again, if she meant Dato Seri Najib, would this not corroborate the assertion by private investigator Balasubramaniam in his first statutory declaration that Dato Seri Najib was well-acquainted with Altantuya. Noting that to-date, Dato Seri Najib has never refuted this piece of evidence, it must be asked why this assertion by Burmaa Oyunchimeg has never been fully investigated?

15. Have the police concluded their investigation, which commenced in early July this year, in the matter of private investigator Balasubramaniams two contradictory statutory declarations? If so, why has he not been charged for making a false statutory declaration? Which is the false statutory declaration? Was he forced to make the false declaration and if so, by who and how? Where is he and his family now? Are they safe?

16. Is there truth in the assertion by Mongolian national, Uuriintuya Gal-Orchir that local immigration records of her, Altantuya and their friend Namiraa Gerelmaas entry into Malaysia on 8th October, 2006 had disappeared? If true, who was responsible for this and why was this done? Was the responsible party acting on instructions and, if so, who and why? Why has this assertion by Uuriintuya Gal-Orchir never been fully investigated?

17. Given the startling decision of the Attorney Generals Chambers not to appeal the acquittal of Razak Baginda, has there been an investigation into the exchange of smss between Dato Seri Najib and the senior lawyer to ascertain if there was any abuse of power or interference with due process howsoever by Dato Seri Najib?

We, the undersigned, note with considerable regret that the Honourable Member of Parliament for Ipoh Timor, Yang Berkhidmat Lim Kit Siang had, in October, 2008, urged that a Royal Commission of Inquiry be established to, amongst others, fully investigate the matters hereinstated, but the present administration has ignored this call.

And we, the undersigned, state now that until and unless the matters raised herein and the serious questions arising therefrom have been adequately investigated and findings that fully vindicate Dato Seri Najib of any and all inferences and aspersions that might reasonably be drawn or made from the same are disclosed to the public, we have no confidence in Dato Seri Najib to lead our country as Prime Minister.

Wherefore, we, the undersigned, now direct you, Honourable Members of Parliament, as our duly elected representatives :-

a) to demand that the Executive forthwith establish a Royal Commission of Inquiry to fully investigate upon the matters hereinstated and and the serious questions arising therefrom and to make public the findings and recommendations, if any, of such a Commission; and

b) should the Executive fail to establish a Commission as aforementioned or any other credible investigative body to look into and make public its report on its findings and recommendations, if any, on the matters hereinstated, with the consequence that the same remain uninvestigated and the serious questions arising therefrom remain unanswered if and when Dato Seri Najib should seek an audience with His Majesty with a view to securing his appointment as Prime Minister, you take all necessary steps to make known to His Majesty that, as our elected representatives, you do not have confidence in Dato Seri Najib to lead our country as Prime Minister.

Sign The Petition

Sign with Facebook
OR

If you already have an account please sign in, otherwise register an account for free then sign the petition filling the fields below.
Email and the password will be your account data, you will be able to sign other petitions after logging in.

Privacy in the search engines? You can use a nickname:

Attention, the email address you supply must be valid in order to validate the signature, otherwise it will be deleted.

I confirm registration and I agree to Usage and Limitations of Services

I confirm that I have read the Privacy Policy

I agree to the Personal Data Processing

Shoutbox

Who signed this petition saw these petitions too:

Sign The Petition

Sign with Facebook
OR

If you already have an account please sign in

Comment

I confirm registration and I agree to Usage and Limitations of Services

I confirm that I have read the Privacy Policy

I agree to the Personal Data Processing

Goal
1000 / 10000

Latest Signatures

browse all the signatures

Information

Eula ConradBy:
ReligionIn:
Petition target:
Members of Parliament of Malaysia, except the Member for Pekan

Tags

No tags

Share

Invite friends from your address book

Embed Codes

direct link

link for html

link for forum without title

link for forum with title

Widgets