Bantahan Penukaran nama Sekolah Menengah Sains Muar kepada Sekolah Menengah Sains Ledang sign now

Kalau zaman dahulu kala (zaman nenek moyang kita), penukaran nama sering kali dilakukan jika anak anak kecil selalu menangis, selalu jatuh sakit atau pun telah terbukti bahawa nama yang telah diberikan terdahulu tidak sesuai dengan kanak kanak tersebut.

Kaedah yang digunapakai untuk membuktikan bahawa nama tersebut tidak sesuai digunakan adalah melalui pengalaman dan pengamatan orang tua tua pada masa itu. Dari segi rasional pemikiran akal yang waras, nama tiada kaitan dengan keadaan kanak kanak yang selalu menangis atau pun jatuh sakit.

Kebiasaannya, nama baru membawa maksud yang lebih baik dari nama lama. Contohnya, nama lama ialah Faderi yang berbunyi seakan akan Paderi yang membawa maksud ketua agama Kristian. Nama baru yang ditukar ialah Fakhri yang membawa maksud yang lebih baik dari segi agama Islam.

Nama sesebuah tempat termasuk segala jenis penempatan seperti kampong, daerah, bandar, negeri waima negara sekalipun tidak dapat lari dari dilema penukaran nama. Penukaran nama dilakukan jika nama asal membawa makna yang buruk dan memalukan penduduk setempat.

Contohnya seperti nama Kampung Beruk. Nama beruk membawa maksud sejenis mamalia, berbulu seluruh badan, berperwatakan ganas, dan hodoh. Beruk juga dijadikan bahasa perantara untuk menyumpah seranah. Nama kampong tersebut patut ditukar kerana nama asal membawa maksud yang tidak elok. Bantahan tidak akan dibuat di atas tindakan penukaran nama kampong tersebut kepada Kampung Ledang, sebagai contoh.

Malaysia dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Secara amnya, Tanah Melayu membawa maksud penempatan orang orang Melayu. Selepas British membawa masuk orang Cina dan orang India sebagai buruh untuk bekerja di lombong lombong dan di ladang ladang, Tanah Melayu ditukar nama kepada Malaysia.

Penukaran nama dilakukan sebagai menghormati kaum kaum Cina dan India yang mendapat taraf kewarganegaraan selepas kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957. Kaum Cina dan India mendapat taraf kewarganegaraan setelah pemimpin pemimpin orang Melayu seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman membuat perjanjian dengan British untuk memberikan taraf kewarganegaraan kepada kaum kaum Cina dan India sebagai prasyarat untuk mendapat kemerdekaan. Dari sini timbul kontrak sosial atau pun beri balik/simbiosis (pre quod quo). Kaum Melayu mendapat hak keistimewaan sebagai penduduk asal sementara kaum Cina dan India mendapat hak kewarganegaraan. Penukaran nama dari Tanah Melayu kepada Malaysia disambut baik kerana melambangkan masyarakat majmuk yang tinggal di Tanah Melayu selepas kemerdekaan di capai.

Namun cadangan pihak pihak tertentu untuk menukar nama Sekolah Menengah Sains Muar yang terletak di pinggir Bandar Muar, Johor Darul Tazim kepada Sekolah Menengah Sains Ledang tidak dipersetujui ramai pihak khususnya bekas pelajar sekolah berkenaan. Tidak dinafikan bahawa SMS Muar terletak di daerah Ledang dan jika alasan untuk menukar nama kepada SMS Ledang adalah untuk memperkenalkan daerah Ledang, alasan ini tidak begitu konkrit.

Nama SMS Muar begitu sinonim dengan Bandar Muar. Nilai sentimen penduduk setempat dan bekas pelajar serta guru guru juga akan hilang jika penukaran nama ini diteruskan. Apa lagi yang tinggal untuk dibanggakan oleh penduduk setempat dan bekas pelajar jika nama SMS Muar tidak lagi wujud dalam Negara Malaysia amnya dan di dalam senarai senarai sekolah berasrama penuh yang berjaya.

Petisyen ini dikeluarkan untuk menunjukkan bantahan bagi cadangan penukaran nama SMS Muar kepada SMS Ledang. Saya merayu kepada semua warga SMS Muar, bekas pelajar, guru guru, penduduk setempat dan semua orang agar dapat menyokong bantahan penukaran nama Sekolah Menengah Sains Muar kepada Sekolah Menengah Sains Ledang.

Sekian, dan terima kasih.

Sign The Petition

Sign with Facebook
OR

If you already have an account please sign in, otherwise register an account for free then sign the petition filling the fields below.
Email and the password will be your account data, you will be able to sign other petitions after logging in.

Privacy in the search engines? You can use a nickname:

Attention, the email address you supply must be valid in order to validate the signature, otherwise it will be deleted.

I confirm registration and I agree to Usage and Limitations of Services

I confirm that I have read the Privacy Policy

I agree to the Personal Data Processing

Shoutbox

Who signed this petition saw these petitions too:

Sign The Petition

Sign with Facebook
OR

If you already have an account please sign in

Comment

I confirm registration and I agree to Usage and Limitations of Services

I confirm that I have read the Privacy Policy

I agree to the Personal Data Processing

Goal
0 / 50

Latest Signatures

No one has signed this petition yet

Information

Deidre MoraBy:
Entertainment and MediaIn:
Petition target:
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tags

No tags

Share

Invite friends from your address book

Embed Codes

direct link

link for html

link for forum without title

link for forum with title

Widgets